Pemain pertahanan muda dari Indonesia, Asnawi Mangkualam telah mencipta sejarah dalam karier bola sepaknya apabila melakukan penampilan pertama dalam saingan Piala FA Korea Selatan bersama Ansan Greeeners semalam.

Beliau diletakkan dalam kesebelasan utama di posisi pertahanan kanan pada perlawanan menentang kelab divisyen 4 Korea Selatan, Yangpyeong FC dan membantu pasukannya mencatat kemenangan 1-0 sekaligus layak ke pusingan ketiga.

Penampilan Asnawi selama 90 minit turut mendapat pujian daripada ketua jurulatih Ansan Greeners, Kim Gil-Sik yang menyifatkan bekas pemain PSM Makassar itu memiliki potensi yang lebih hebat daripada pemain Vietnam, Luong Xuan Trưong.

Truong pernah beraksi dalam Liga Korea Selatan selama 2 musim. Pada tahun 2016, beliau menyertai Incheon United serta tampil dalam 4 perlawanan dan kemudian menyertai Gangwon FC pada musim yang seterusnya.

“Asnawi masih memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan gaya permainan Korea Selatan. Dia akan menjadi pemain yang lebih baik daripada Truong jika dapat menyesuaikan diri dengan cepat dan boleh bersatu dengan rakan-rakannya.

“Dia mempunyai kekuatan seperti pemain Korea. Jika dia boleh beraksi dengan lebih baik, dia akan menjadi pemain yang bagus di K-League pada masa yang akan datang,” kata Kim Gil-sik dipetik dalam Sports-G.

Pemain yang berusia 21 tahun itu menyertai Ansan Greeners dengan kontrak selama 1 tahun. Jika beliau terus mempamerkan prestasi cemerlang, kontraknya akan dilanjutkan satu tahun lagi.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak asia melalui pautan dibawah. 

Ngo Hoang Thinh Digantung Satu Musim Selepas Mematahkan Kaki Pemain Tengah Vietnam

Junior Eldstal Teruskan Rentak Cemerlang, Berjaya Jaringkan Gol Pertama Dalam Thai League

Syahrian Abimanyu Tingkatkan Tahap Kecergasan, Semakin Hampir Jalani “Debut” Bersama Newcastle Jets